Restoran Sambal Belacan adalah hak milik syarikat Nsf Dynamic Corporation Sdn. Bhd . Nama "Sambal Belacan" dipilih adalah kerana restoran ini terkenal dengan resepi sambal belacannya yang lazat dan dihidangkan bersama hampir kesemua menu makanan yang terdapat di sini.
Restoran Sambal Belacan menyajikan pelbagai menu masakan melayu yang berasaskan nasi,mee,bihun dan juga kuey teow.Restoran Sambal Belacan juga mempunyai pelbagai pilihan minuman yang semestinya dapat memikat hati pelanggan.Tidak ketinggalan juga pelbagai lauk-pauk yang bersesuaian dengan selera masyarakat melayu juga terdapat di sini. Jadi, para pelanggan dapat menikmati pelbagai juadah mengikut selera masing-masing.
WAKTU OPERASI
Setiap hari dari pukul 7.00 pagi - 12.00 malam
TARIKAN UTAMA RESTORAN SAMBAL BELACAN
Makanan yang dihidangkan dalam kuantiti yang banyak dan rasa yang lazat adalah tarikan utama restoran ini. Selain itu, suasana yang selesa dan lokasi yang mudah untuk dikunjungi membuatkan restoran ini menjadi pilihan dihati pelanggan.
"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami"
No comments:
Post a Comment